Posts

Showing posts from January, 2020

Chinese New Year (CNY)

Image
Baru-baru ini, saya bersama keluarga telah pulang ke kampung bersempena dengan Cuti Tahun Baru Cina. Walaupun tempoh kami pulang ke kampung halaman amat singkat, tetapi saya tetap berasa gembira dan berpuas hati. Kami bertolak ke kampung pada hari Sabtu. Kami tiba agak lewat kerana perjalanan kami tidak begitu lancar akibat kesesakan jalan raya. Saya amat gembira setibanya di kampung kerana saya dapat berjumpa abang saya setelah hampir sebulan tidak berjumpa dengannya. Keesokan harinya, kami bertolak ke kampung sebelah ayah pula untuk menziarahi nenek saya di Benut, Johor.  Kami bermalam hanya selama sehari kerana kami ingin pulang ke rumah pada hari Isnin keesokannya. Hal ini kerana, pada hari Selasa, sesi persekolahan akan bermula semula. Mujur saya telah mengemas jadual dan menyiapkan semua kerja sekolah saya. Jadi saya mempunya masa lapang untuk berehat sebelum mula kembali bersekolah. Walaupun percutian kali ini agak memenatkan, tetapi saya berasa amat bersyukur kerana dapa...

Sekolah Saya

Image
Pada 21 Mac 2016, Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana merupakan detik bersejarah kerana pada tarikh tersebut permulaan sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana buat julung kalinya. Saya masuk ke sekolah ini ketika saya berada di darjah 1. Saya berjumpa dengan ramai kawan. Belajar di sini amat seronok kerana saya dapat berjumpa dengan ramai guru yang prihatin dan juga penyabar. Saya juga telah dilantik untuk menjadi pengawas sekolah ketika saya berumur 9 tahun. Pada tahun ini, sudah genap tahun kelima saya bersekolah di sini dan saya berada di kelas 5 UTM. Saya akan menduduki UPSR pada tahun hadapan. Saya berharap agar saya dan rakan-rakan mendapat keputusan yang cemerlang. 

Prime Run

Image
 Pada 10 Januari 2020, Sewaktu di sekolah , semua murid-murid beratur di dataran untuk membuat senamrobik .Selepas membuat senamrobik, semua murid-murid pergi ke pondok pengawal untuk bersedia berlari dengan pantas.  Saya teruja untuk berlari. Tiba-tiba....... Pon !! Guru besar menekan hon bagi menandakan larian telah bermula. Pada ketika, semua pelajar lari sekuat hati. Kami melalui Casa Suria, Sunway Alam Suria dan Villa Suria.  Setalah tamat larian, saya terus menuju ke dataran untuk berehat. Tidak lama kemudian, semua murid telah diminta untuk ke dewan terbuka bagi upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Walaupun saya tidak memenangi larian ini, saya masih berasa gembira kerana dapat bersenam dan saya akan berusaha untuk larian pada tahun hadapan.