Prime Run

 Pada 10 Januari 2020,

Sewaktu di sekolah , semua murid-murid beratur di dataran untuk membuat senamrobik .Selepas membuat senamrobik, semua murid-murid pergi ke pondok pengawal untuk bersedia berlari dengan pantas.  Saya teruja untuk berlari. Tiba-tiba....... Pon !! Guru besar menekan hon bagi menandakan larian telah bermula. Pada ketika, semua pelajar lari sekuat hati. Kami melalui Casa Suria, Sunway Alam Suria dan Villa Suria. 

Setalah tamat larian, saya terus menuju ke dataran untuk berehat. Tidak lama kemudian, semua murid telah diminta untuk ke dewan terbuka bagi upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Walaupun saya tidak memenangi larian ini, saya masih berasa gembira kerana dapat bersenam dan saya akan berusaha untuk larian pada tahun hadapan.


Comments

Popular posts from this blog

Minat Saya

Sambutan Kemerdekaan

Chinese New Year (CNY)