Chinese New Year (CNY)

Baru-baru ini, saya bersama keluarga telah pulang ke kampung bersempena dengan Cuti Tahun Baru Cina. Walaupun tempoh kami pulang ke kampung halaman amat singkat, tetapi saya tetap berasa gembira dan berpuas hati. Kami bertolak ke kampung pada hari Sabtu. Kami tiba agak lewat kerana perjalanan kami tidak begitu lancar akibat kesesakan jalan raya. Saya amat gembira setibanya di kampung kerana saya dapat berjumpa abang saya setelah hampir sebulan tidak berjumpa dengannya. Keesokan harinya, kami bertolak ke kampung sebelah ayah pula untuk menziarahi nenek saya di Benut, Johor. 

Kami bermalam hanya selama sehari kerana kami ingin pulang ke rumah pada hari Isnin keesokannya. Hal ini kerana, pada hari Selasa, sesi persekolahan akan bermula semula. Mujur saya telah mengemas jadual dan menyiapkan semua kerja sekolah saya. Jadi saya mempunya masa lapang untuk berehat sebelum mula kembali bersekolah. Walaupun percutian kali ini agak memenatkan, tetapi saya berasa amat bersyukur kerana dapat berjumpa hampir kesemua ahli keluarga saya. 


Gambar saya bersama adik-beradik saya.

Bergambar ketika di Benut, Johor.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Minat Saya

Sambutan Kemerdekaan