Posts

Minat Saya

Image
 Assalamualaikum, Nama saya Intan Maisarah Bt Zulkifli.Saya dari kelas 5 UTM. Hari ini saya akan menceritakan tentang minat saya.Minat saya ialah menyanyi.Saya menyanyi pada umur 8 tahun.Idola saya pula ialah Dato' Sri Siti Nurhaliza.Saya akan memberi tahu kisah Dato' Sri Siti Nurhaliza.                                                                                      IDENTITI DATO' SRI SITI NURHALIZA.                                                   Nama:Dato' Sri Siti Nurhaliza Binti Tarudin      Umur:41 Tahun [2020]             Tarikh Lahir:11 Januari 1979    Tempat Lahir:Kampung ...

Resepi Pancakes

Image
 Assalamuakum.Nama saya Intan Maisarah bt Zulkifli.Saya akan menunjukkan kepada anda semua cara-cara memamsak pancakes.✌                                                             Bahan-bahannya ialah:  1 Telur  4 sudu besar mentega cair  3 sudu besar Gula 1/2 cawan susu segar  1 sudu kecil esen vanilla Gaul sehingga sebati  2 Cawan Tepung Gandum  sudu besar serbuk penaik 1 sudu kecil garam Gaul sehingga sebati. selepas gaul sehigga sebati ,panaskan Pan. Dan pastikan kamu ada semua bahan.Selepas itu,letak bahan yang kamu gaul tadi dan letak Pan itu. .Pancake itu tak boleh lama lama tau dalam beberapa saat sahaja dan pastikan tidak lama lama nanti cepat hangus. Selepas itu balingkan pancake itu terbalik. Harap anda buat tidak hangus.Selepas sudah habiskan bahan-bahan di dalam mangkuk, kamu juga boleh...

Sambutan Kemerdekaan

Image
Pada 25 Ogos, Sewaktu di sekolah di kelas,saya dan kawan sekelas saya sedang membaca Al-Quran.Tiba-tiba,cikgu memanggil saya dan beberapa kawan saya iaitu Hannah marisa,Adilah Hani,Hana,Airis aleesya dan yang lain.Saya tidak tahu saya menang atau tidak. Selepas membaca doa,cikgu menyampaikan hadiah kepada Pra-sekolah dan Tahun4.Selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pra-sekolah dan tahun 4.Salah seorang budak pra-sekolah menyanyi lagu Jalur Gemilang.Suara dia sedap.Biasalah,suara budak-budak.Peserta yang seterusnya ialah saya, ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Gambar sewaktu Saya Menyanyi. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Fuh,penatnya nyanyi.Okey,lepas dah nyanyi,duduk kat tempat beratur balik.Tunggu untuk penyampaian hadiah untuk tahun 5.Saya Menang Pertandingan Menyanyi .Bestnya.Saya Telah Menang nombor 1.Sete...

Kisah Bapa Kemerdekaan

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Intan Maisarah dan saya akan menceritakan tentang B A P A     K E M E R D E K A A N .  1. Bapa Kermerdekaan Nama Penuh : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim                              Shah Tarikh Lahir : 8 Febuari 1903  Tempat Lahir : Istana Tiga Tingkat,Alor Setar (Istana Pagoda) ___________________________________________________________________________________   BAPA KEMERDEKAAN                                     Tunku Abdul Rahman ialah Perdana Menteri yang pertama. Setiap perdana menteri mepunyai nama seperti Tungku Abdul Rahman ialah Bapa Kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman merupakan anak ketujuh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah.                    ...

Chinese New Year (CNY)

Image
Baru-baru ini, saya bersama keluarga telah pulang ke kampung bersempena dengan Cuti Tahun Baru Cina. Walaupun tempoh kami pulang ke kampung halaman amat singkat, tetapi saya tetap berasa gembira dan berpuas hati. Kami bertolak ke kampung pada hari Sabtu. Kami tiba agak lewat kerana perjalanan kami tidak begitu lancar akibat kesesakan jalan raya. Saya amat gembira setibanya di kampung kerana saya dapat berjumpa abang saya setelah hampir sebulan tidak berjumpa dengannya. Keesokan harinya, kami bertolak ke kampung sebelah ayah pula untuk menziarahi nenek saya di Benut, Johor.  Kami bermalam hanya selama sehari kerana kami ingin pulang ke rumah pada hari Isnin keesokannya. Hal ini kerana, pada hari Selasa, sesi persekolahan akan bermula semula. Mujur saya telah mengemas jadual dan menyiapkan semua kerja sekolah saya. Jadi saya mempunya masa lapang untuk berehat sebelum mula kembali bersekolah. Walaupun percutian kali ini agak memenatkan, tetapi saya berasa amat bersyukur kerana dapa...

Sekolah Saya

Image
Pada 21 Mac 2016, Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana merupakan detik bersejarah kerana pada tarikh tersebut permulaan sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana buat julung kalinya. Saya masuk ke sekolah ini ketika saya berada di darjah 1. Saya berjumpa dengan ramai kawan. Belajar di sini amat seronok kerana saya dapat berjumpa dengan ramai guru yang prihatin dan juga penyabar. Saya juga telah dilantik untuk menjadi pengawas sekolah ketika saya berumur 9 tahun. Pada tahun ini, sudah genap tahun kelima saya bersekolah di sini dan saya berada di kelas 5 UTM. Saya akan menduduki UPSR pada tahun hadapan. Saya berharap agar saya dan rakan-rakan mendapat keputusan yang cemerlang. 

Prime Run

Image
 Pada 10 Januari 2020, Sewaktu di sekolah , semua murid-murid beratur di dataran untuk membuat senamrobik .Selepas membuat senamrobik, semua murid-murid pergi ke pondok pengawal untuk bersedia berlari dengan pantas.  Saya teruja untuk berlari. Tiba-tiba....... Pon !! Guru besar menekan hon bagi menandakan larian telah bermula. Pada ketika, semua pelajar lari sekuat hati. Kami melalui Casa Suria, Sunway Alam Suria dan Villa Suria.  Setalah tamat larian, saya terus menuju ke dataran untuk berehat. Tidak lama kemudian, semua murid telah diminta untuk ke dewan terbuka bagi upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Walaupun saya tidak memenangi larian ini, saya masih berasa gembira kerana dapat bersenam dan saya akan berusaha untuk larian pada tahun hadapan.